Monday, March 13, 2017

Rumah Lelong KL | Tips Menaikkan Nilai Sewa Bagi Rumah Sewa Anda

Ramai yang meminta pandangan admin bagaimana untuk menaikkan kadar sewa rumah mereka. Contohnya di suatu kawasan, rata-rata kadar sewa di kawasan tersebut adalah sekitar rm500, bagaimana dia nak sewakan pada kadar yang lebih tinggi seperti rm600@rm700?

Ini antara tipsnya:

1. Bersihkan keseluruhan rumah dan cat dengan warna yang menarik, jika tak pun, cat putih sahaja kerana cat putih menghasilkan ruang yang lebih luas.
Jangan lupa untuk cat pintu dan frame sekali.
Pilih cat yang berkualiti tinggi, jangan pilih yang murah je sebabnya yang murah ni tak tahan lama dan mudah berkulat. Disamping itu, kilauan cat yang murah ni agak kusam dan kalernya tak berseri. Bukan selalu pun mengecat rumah, paling tidak 5tahun sekali, jadi tak berbaloi untuk berjimat untuk cat ni.

2. Lantai. Jika tidak mampu memasang mozek, pilihlah corak dan warna yang menarik serta moden bagi tikar getah. Jangan pula beli yang corak macam rumah nenek kita kat kampung.
Bayangkan kalau dinding putih, pintu kelabu, tapi tikar getah warna hijau pucuk pisang. Langsung tak kena. So kena pandai pilih yer. Boleh cuba tgk di website gambar gambar rumah moden bagaimana mereka mainkan warna agar nampak cantik dan moden.

3. Masukkan beberapa perabot dan perkakas yang besar tapi murah.
Contoh, katil beserta tilam (almari baju dan almari solek tak perlu), sofa, dapur gas dan mesin basuh. Semua peralatan ini boleh didapati dari kedai second hand, jimat.
Penyewa akan tertarik dengan pakej perlatan yang disediakan, dengan membayar lebih rm200 sebulan, mereka rasakan berbaloi.

Kenapa tak dijadikan fully furnish sahaja rumah tersebut? kan boleh naikkan lagi kadar sewa.
Betul tu, tapi kos yang anda laburkan adalah tinggi. Untuk memenuhkan satu rumah, kos boleh mencecah rm4k-5k. Sedangkan jika dibuat partly furnish, kos mungkin dalam rm1.5-2k sahaja.
Lagi pula, kebiasaannya penyewa mahukan sedikit kebebasan untuk mereka menghiaskan rumah tersebut dengan kretiviti mereka.


* Kami menyediakan perkhidmatan membida rumah lelong di sekitar KL, Selangor & Kelantan.
 * Sila whatsaap Nama penuh, No ic dan Unit yang hendak di bida ke 013.7575.250
 * Rumah Lelong KL | Rumah Lelong Selangor | Rumah Lelong Murah

No comments:

Post a Comment