Sunday, March 5, 2017

Rumah Lelong | Adakah Masih Relevan Hari Ini?

Ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai topik ini. Soalan ini kebanyakannya akan muncul dari kalangan new player yang baru baru nak berjinak di dalam arena hartanah atau arena rumah lelong.

Bagi saya, yang paling penting adalah target yang di set. Setiap pelaburan yang dibuat haruskah berdasarkan kepada target yang kita setkan.

Sebelum kita nak set kan target, sebelum tu kita mesti tahu objektif kita membuat pelaburan. Yer saya tahu, semua orang nak untung, tapi objektif kita mestilah lebih spesifik dan tidak terlalu general seperti 'Aku membuat pelaburan kerana aku nak untung'.

Bila mana kita dah membuat obejktif, sudah pastinya target yang kita akan setkan adalah baerpandukan kepada objektif tadi. Sebagai contoh, ada sesetengah pelabur, objektifnya adalah mendapatkan return dalam masa 1-2 tahun, so targetnya adalah dengan cara Flipping. Beli pada harga yang rendah, dan jual dalam masa 1-2 tahun. Mungkin juga dalam tempoh 1-2 tahun tersebut, kadar sewa unit tersebut adalah negatif berbanding dengan bayaran bulanan bank. Bagi mereka, ini tidak mengapa, sebab apabila mereka flip nanti, mereka akan mendapat rm50-100k keuntungan bersih.

Jadi, anda semua kena tahu objektif dan setkan target anda. Jika deal tersebut melangkaui target anda, biarkan sahaja ianya berlalu pergi. Kita cari unit yang lain.

Rumah lelong sentiasa ada di pasaran. Kita mesti rajin tengok listing dan rajin turun padang. Kalau tak ada masa, boleh gunakan khidmat kami dan kami akan bantu anda dapatkan rumah lelong berdasarkan bajet anda.

No comments:

Post a Comment