Tuesday, March 21, 2017

Pengiraan DSR (Debt Service Ratio) | Rumah Lelong KL

Setiap kali kita hendak memohon pinjaman, tak kira lah pinjaman perumahan ke, pinjaman kereta ke, pinjaman peribadi ke, semua nya akan melalui proses 'screening' atau proses penapisan oleh pihak bank.

Info ini penting bagi mereka yang nak membeli rumah dan nak masuk ke dalam bodang pelaburan hartanah. Tanpa rekod yang baik, pihak bank tidak akan memberikan pinjaman kepada anda.

Antara proses penapisan yang dilakukan oleh pihak bank adalah pengiraan DSR. Apa itu DSR ni?

Dalam pengelolaan keuangan, dikenal istilah debt to service ratio (DSR), alias rasio utang terhadap pendapatan. DSR, dalam konteks ini, berarti jumlah beban pembayaran bunga dan cicilan pokok utang luar negeri jangka panjang yang dibagi dengan jumlah penerimaan ekspor.
(Sumber : http://finansial.bisnis.com/read/20141129/11/276443/apa-itu-debt-service-ratio)

Setiap individu mempunyai nilai DSR yang berbeza beza mengikut jumlah hutang dan jumlah pendapatan yang mereka terima.

Paras peratus setiap bank juga berbeza-beza, ada yang menetapkan DSR pada tahap 60% dan ada juga yang meletakkan pada tahap 75%.

Untuk pengiraan contoh ini, saya menggunakan tahap DSR sebanyak 60%.

Gaji Ali = rm3000.
Hutang kereta Myvi = rm550
Hutang peribadi =rm700.

DSR = ( Komitmen / Pendapatan ) x 100%
         = (550+700) / 3000 x 100%
         = 41.7%

Bermakna Ali hanya mempunyai slot seterusnya sebanyak 18.3% iaitu bersamaan dengan rm549.
Dengan bahasa lain, Ali hanya mampu membeli rumah yang bernilai sekitar RM110k yang mana bayaran bulannanya adalah sekitar RM549.
(Macam mana saya kira rm549 untuk rumah bernilai rm110k? Rujuk Pengiraan-pembayaran)

Ali tidak mampu membeli rumah yang bernilai lebih dari rm110k kerana DSR yang disetkan oleh pihak bank adalah 60% sahaja.

Jika Ali hendak membeli rumah yang lebih mahal, Ali perlulah:

1. mengurangkan komitmen dengan menjelaskan pinjaman Kereta atau Pinjaman Peribadi beliau terlebih dahulu.
2. Menambah pendapatan yang ada. Mungkin dengan cara mendapatkan pekerjaan yang baru dengan gaji yang lebih tinggi. Atau membuat kerja kedua secara sambilan (pastikan slip gaji dan rekod gaji ada untuk rujukan pihak bank).


* Kami menyediakan perkhidmatan membida rumah lelong di sekitar KL, Selangor & Kelantan.
 * Sila whatsaap Nama penuh, No ic dan Unit yang hendak di bida ke 013.7575.250
 * Rumah Lelong KL | Rumah Lelong Selangor | Rumah Lelong Murah

No comments:

Post a Comment